Jika anda masih mencari-cari aplikasi pengingatan waktu solat untuk telefon Android anda, aplikasi My Prayer ini mungkin boleh menjadi pilihan. Terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang boleh didapati didalam aplikasi ini. Antaranya adalah kompas arah kiblat, pengera waktu subuh, 2 pilihan paparan widget dan yang paling unik adalah ciri mod silent yang berfungsi secara automatik. Ciri ini amat berguna terutama ketika solat Jumaat jika anda terlupa untuk menutup telefon anda sewaktu solat. Walaupun masa yang dipaparkan tidaklah sama 100% dengan waktu yang dikeluarkan oleh JAKIM dan laman e-solat namun aplikasi ini turut memberi pilihan untuk menukar perbezaan minit antara waktu yang dipaparkan dan anda boleh menyelaraskan waktunya mengikut pilihan anda. Aplikasi ini juga mampu mengesan lokasi terkini anda dengan menggunakan GPS atau wireless network location.
paparan utama |